Wednesday, 12 October 2011

Sahabat atau teman??

Sahabat atau teman??
                Untuk menjalani kehidupan ini kita akan bertemu dengan ramai orang. Setiap hari dan setiap masa, ada sahaja muka baru yang kita jumpa baik di sekolah, pejabat mahupun tempat awam. Ada yang kita hanya ingat namanya, mukanya atau nombor telefon bimbit nya. Apabila bersua kembali, kita terpaksa refresh balik fikiran kita dan cuba mengingat namanya. Untuk mengelakkan dia kecil hati, kita pura-pura berlagak ingat namanya dengan bertanya “macam mana ya sebut nama kamu? Susah la sebut sebab ejaan nama kamu tu terbelit-belit lidah nak baca.” Sedangkan nama dia cuma Amira dan memang tak terbelit pun lidah.

Tetapi itulah kenyataan. Kita bertemu ramai orang, berkerjasama dengan ramai orang sampai kita tidak ada masa untuk mengingat semua nama kawan-kawan kita. Ada pendapat yang mengatakan perempuan mempunyai ramai kawan, tetapi hanya beberapa sahaja yang benar-benar rapat dengannya. Sebaliknya lelaki mempunyai sedikit kawan tetapi benar-benar rapat. Makan bersama, ke kuliah bersama dan sampai nak berumah tangga pun kena plan dengan kawan dahulu. Tanya kawan, adakah wanita ini pilihan yang tepat atau tidak.

Tapi, pernahkah kamu benar-benar memahami perbezaan teman dan sahabat? Jika kamu melihat ke sekeliling kamu, ada berapa teman yang kamu miliki? Dan ada berapa sahabat yang kamu miliki?
            Teman dan sahabat ini mempunyai perbezaan yang ketara. Sahabat adalah rakan yang sentiasa menemani kita dalam apa jua keadaan yang kita hadapi. Sahabat ini adalah orang yang memberitahu kamu apa yang orang lain akan bagitahu kamu apabila kita sudah tidak ada lagi dalam dunia ini.  Sedangkan teman adalah tetap teman walau apapun yang terjadi. Seorang teman tidak peduli kita sihat atau tidak, sedih atau tidak, dan tidak menjaga hati kita dalam apa jua situasi. Teman ini boleh menjadi musuh dan kawan pada bila-bila masa sahaja.

Jika kita buat pebandingan, untuk menjadi sahabat, seseorang itu pada awalnya  harus menjadi teman dulu. Jika setelah berteman beberapa lama dan memiliki persamaan atau saling memahami, maka barulah boleh menjadi sahabat. Sahabat adalah orang yang mengerti betul apa yang kita rasakan, baik kita sedang senang mahupun sedang sedih. Mereka akan selalu ada untuk kita. Sahabat juga tidak menilai dari jumlah wang ringgit yang kita miliki, pencapaian   kita di sekolah, atau seberapa tampan dan cantiknya kita.

Sahabat adalah orang yang tidak ragu untuk berbagi dengan kita di kala suka maupun duka. Mereka tidak meminta balasan daripada perbuatan yang mereka lakukan  tapi tidak ragu untuk memberi. Sahabat juga merupakan orang yang selalu membela kita dan mengingatkan jika kita salah dalam membuat sesuatu keputusan.
            Jika kita merasa kita merupakan sahabat seseorang, adakah sudah cukup untuk kita membantunya, berada disampingnya di saat jatuh bangunnya dan memberi pertolongan yang ikhlas kepadanya ? Jika belum, kita masih belum bergelar sahabat untuknya. Kita mungkin masih temannya.
            Sekarang cubalah perhatikan sekitar anda, adakah anda mempunyai sahabat atau teman? Jika tidak, mulakan sekarang. Bersahabatlah!!

No comments:

Post a Comment